BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

WELCOME

Blog ini direkabentuk adalah bertujuan untuk memberi maklumat serta sekadar ingat-mengingati kepada saya secara khususnya dan kepada anda sebagai pembaca secara amnya. Insyaallah saya akan tuliskan serta kongsikan kepada anda dengan mengandungi tentang kesihatan, sukan, isu-isu semasa dan perkara-perkara yang diperhatikan oleh saya yang berlaku di sekeliling kehidupan saya mengikut kelapangan masa yang saya ada.

Kesihatan tu penting?

Yeahh, setelah lame aku x berblog..akhir nyer aku berpeluang berkongsi serba sedikit pandangan dan aku akan terus berazam untuk memberi pandangan serta cerita..

Untuk kali ni adalah untuk mengingatkan aku sendiri dan kpd anda sbg pembaca.

Kesihatan?..ya, mmg ramai amat takut dan khuatir bila jatuh sakit dan dimasukkan ke dalam hospital termasuk laa aku..kena cucuk nie, check tu check ni, dan mcm2 lagi..ader tetapi nyer, kita manusia biasa x boleh lari drp merasa sakit kerana itu adalah ketentuan Nya..sebenarnya ia terjadi drp beberapa faktor, antaranya :



Kerja kuat?..mengikut kpd pemerhatian aku sendiri, sekarang mmg ramai mengejar kemewahan hidup untuk menampung kos hidup yang semakin lama semakin tinggi..org ckp, usaha tanda kejayaan..jd, kerja lebih tambah pula dengan kegigihan akan menambahkan pendapatan..mmg bagus, kalau seseorang tu rajin dan kuat kerja..tapi ia perlu seimbang dengan aktiviti2 yang lain, jgn terlalu pikir pasal keje saja sbb badan kita ni nk guna lama..ini kerana, ia menjadikan kita akan lupa tentang penjagaan kesihatan sehingga pemakanan juga tidak terjaga..




Pemakanan?..cerita pasal makanan, a'ah Malaysia mmg kaya dgn pelbagai jenis makanan yang sedap2 sehingga mengalirkan air liur seperti nasi lemak, roti canai, lemang, rendang dan bykkk lagi laa..aku x kisah pon klu anda nak makan makanan yg sedap2, sbb aku pon kadang2 xleh tahan nafsu makan ni..ade tetapi nyer, makanan yg kita makan perlu lah seimbang..ini kerana, hasil drp pembacaan aku salah satu punca kita boleh mendapat penyakit adalah drp tidak keseimbangan di dalam pemakanan kita..jadi, kita perlulah makan makanan yang seimbang dan berkhasiat ditambah pula dengan penjagaan kesihatan harus disertakan dengan bersukan..



Bersukan?..dekat Malaysia mmg ramai org yang minat sukan, klu ckp pasal bola mmg expect laa..tp ia x cukup dengan minat saja, ia juga perlu diikuti dengan perbuatan juga..apabila bersukan, ia akan mengeluarkan peluh dan ia akan mengurangkan risiko kita menerima penyakit yang kronik seperti jantung, paru-paru, darah tinggi mahupun kanser..mmg aku akui kadang2 masa menjadi penghalang kpd kita untuk melakukan senaman..ader tetapi, jika masa menjadi penghalang kita boleh melakukan senaman2 ringgan di rumah..itu sudah memadai..

Jadi, sebut pasal kesihatan ni sememang nyer amat2 penting untuk aku dan anda jaga..sebenarnya banyak lagi faktor2 penyebab kita menerima masalah kesihatan..jika kita di terima musibah ataupun jatuh sakit, hendaklah kita ingat bahawa Allah s.w.t tu Maha Adil..sekian..

My Sony Ericsson W660i


Di dalam keghairahan ramai orang ingin memiliki iPhone mahupun Blackberry, saya mencari alternatif lain kerana ingin lari dari populariti iPhone dan nampak sederhana. Untuk  makluman pembaca, saya sebenarnya merupakan pengguna setia keluaran produk Nokia. Tapi, sejak 3 bulan lepas saya mengubah angin dengan memilih “handphone” keluaran produk Sony Ericsson. Kini, saya pun telah memiliki Sony Ericsson W660i ini apabila diperkenalkan oleh Pak Cik saya. Di sini saya ingin berkongsi kenapa saya memilih W660i berbanding “handphone” lain dan apakah kelebihan W660i serta kelemahannya.

Bahagian Depan

Bahagian Belakang




Tempat Beli

  • Dengan bermodalkan wang yang tidak begitu banyak. Pada mulanya, saya cuba membandingkan harga di beberapa kedai  telefon bimbit yang berdekatan rumah saya. Setelah buntu mencari di beberapa kedai, akhirnya Pak Cik saya telah menawarkan “handphone” nya untuk di jual kan kepada saya.

Harga Beli

  •  Rm 130 (Harga Saudara Mara)

Harga Pasaran (New)
  • Tidak Pasti


 Video Demo Tour W660i

 




Kelebihan 
  • Kamera  2.0 Megapixels.
  • Rakaman Video boleh zoom.
  • 3G.
  • Boleh video call.
  •  Lasak.
  • “Speaker” yang  jelas.
  •  “Button” yang mudah di tekan.


Kelemahan

  • Kamera tidak boleh zoom.
  •  Kamera yang kurang Jelas.
  •  Bateri yang tidak tahan lama.
  • “Memory Phone” yang kecil.

Kajian Kerenah Pelanggan

Sebut2 pasal “kerenah” mesti mengenai dengan kelakuan ataupun dipanggil perbuatan seseorang manusia itu sendiri. Ader yang elok, ader pulak yang kurang elok. Ini kan pula kerenah pelanggan2 di Pizza hut.



Ahmad Sukri Sari

Sebenarnya, saya bekerja di Pizza Hut Kulim Landmark Center selama 3 bulan. Saya mula bekerja sejak awal bulan 7 tahun ni. Tapi 27/9 saya akan berhenti kerja. Saya berhenti bukan kerana saya x puas hati dengan sikap sebilangan pelanggan. Tapi, saya nak menumpukan perhatian kpd pelajaran(konon jer).


Rakan-rakan di Pizza Hut KLC

Sejak saya bekerja dari awal hingga lah saya berhenti. Macam-macam pelanggan yg saya lihat dan dapat nilai. Hendak atau x nak saya kena layan laa jugak, sebab “Customer Allways Right”. Setelah membuat kajian anda boleh kenali beberapa kerenah pelanggan. Antaranya:


1. Pelanggan Yang Tiada Kesabaran

  • Pernah juga saya dimarahi oleh pelanggan sebegini. Jikalau lambat sedikit atau kami melakukan kesilapan, mereka mungkin akan bertindak di luar jangkaan. Pelanggan perlu memahami bahawa di dunia ini tiada yang sempurna. Saya juga memahami, mungkin mereka ini lapar sangat. Jadi, segala kehendak pelanggan mesti di layan.



2. Pelanggan Yang Tidak Tetap Pendirian

  • Selalu nya, pelanggan sebegini kita lihat apabila mereka cuba untuk menukar pilihan makanan yang di pilih oleh mereka sendiri. Kadang-kadang ada juga yang sengaja meminta sesuatu makanan satu per satu. Cubalah “order” terus semua yang di ingini. Mudah kan?


3. Pelanggan Yang Memahami

  • Pelanggan sebegini sememangnya amat bagus. Pada saat ketibaan pelanggan yang amat ramai, pelanggan jenis ini nampak agak tenang. Apabila saya lambat ambil “order” dan mereka mengatakan, “tak pe adik, biar lambat asal kan adik buat kerja elok2, akak faham”. Saya amat berterima kasih lah kepada mereka ini.



4. Pelanggan Yang Terlalu Baik
  • Pelanggan sebegini sepatut nya di berikan pujian. Saya juga memang “respect” mereka ini. Pada suatu hari, pelanggan ini menunggu pizza nya yang agak lama sekali. Ini kerana, kertas “order” pada masa itu tidak dapat di bahagian pekerja pembuat pizza. Kami pun dengan cepat membuat pizza pelanggan tersebut. Apabila saya menghantar pizza di meja pelanggan itu, mereka tidak memarahi tapi sempat senyum lagi. Wahhh, syok nya.


p/s : Jika anda ada kena mengena dengan jenis kerenah di atas, saya amat2 memohon maaf. Ini kerana, ia merupakan kajian sahaja.

Aku Terima Malam Lailatulqadar?

Kejadian berlaku pada hari 27 Ramadhan yang merupakan hari terakhir aku bermalam di rumah sewa, sebelum aku balik tiba di Kuala Lumpur untuk menyambut Syawal yang bakal menjelma di samping pangkuan keluarga tercinta. Rumah sewa ku di Taman Serindit, Kulim. Rumah sewa ini diduduki seramai 9 orang pelajar Politeknik Kulim termasuk aku. Pada malam tersebut, tinggal aku sorang jer memandang kan sume rakan2 ku sudah balik ke rumah masing2. 
Citer nye bermula apabila aku balik dari keje pada puk0l 11 mlm. Masa dalam perjalanan mahu pulang, aku singgah sekejap ke kedai burger dan aku membeli burger untuk aku ngan “abg Zack”. Selepas tu, aku pun meneruskan perjalanan balik ke rumah sewa. Dalam perjalanan hendak pulang itu, aku rasa macam aku terlanggar ular di simpang lampu isyarat. Hatiku mula rasa bergegar-gegar. Aku p0n menoleh la ke belakang, rupa-rupanya tiub tayar motorsikal. Aku p0n buat x tau jer laa. Aku p0n terus kan perjalanan dengan hati yang penuh tabah. Sebelum sampai di rumah, aku singgah dulu ke kedai “abg zack” yg bernama OPTIMAM dan meninggalkan burger yang dibeli sebentar tadi di dalam kedai tersebut. Aku p0n meneruskan perjalanan  pulang ke rumah. Di dalam perjalanan aku pulang ke rumah dari kedai “abg zack”, hati ku berasa berdebar-debar. Aku melalui jalan yang penuh samar gelap kerana lampu jalan yang mengeluarkan cahaya yang tidak begitu terang. Lalang-lalang yang panjang di tepi jalan itu sekejap berdiri, sekejap tunduk. Daun-daun di pokok-pokok di situ kelihatan gugur begitu banyak. Aduhai, aku p0n berasa pelik dan hairan. Aku pun cuba memberanikan diri melalui jalan tersebut. Setelah aku melepasi jalan tersebut, baru aku sedari rupa2 nya, angin pada masa itu sungguh kuat dan kencang sekali. Hatiku kembali berasa tenang.
Bukan lalang sebenar
Setiba di depan rumah...
Aku p0n memasuki ke rumah dengan hati yang tenang. Pada masa itu, semua lampu di rumah tertutup rapi. Dengan pantas aku mencari suis lampu untuk membuka ke semua lampu di rumah tersebut. Ia bukan bermakna aku “takut”!!! Tapi, sebenar nya aku nak bagi penglihatan ku agar nampak semua peralatan di rumah. Mana laa tahu, nanti aku tersepak pulak. Luka pula anggota badan ku. Selepas itu, aku pon terus memasuki bilik mandi untuk bersihkan badan ku. Di masa aku tengah mandi, aku terdengar ader orang ketuk2 pintu depan rumah aku. Cara ketuk nya agak lain macam, aku sudah mula rasa cemas kembali. Aku dengan pantas memakai tuala dan terus ke pintu tersebut. Sebelum aku buka, aku tanye dulu “sape tu?”. Tapi, suara nya agak besar yang mengatakan "buka la pintu ini dulu". Perasaan takut ku menjadi  berganda. Aku p0n dengan “slumber” membuka pintu itu. Laa, teng0k2 jiran sebelah nak ucapkan "selamat hari raya" sebab dia nak balik kampung pada malam itu juga. Selepas dia pergi dari pintu rumah ku, aku p0n ketawa kecil di hati ku tentang perkara yang berlaku pada malam itu. Aku pikir kan aku terima “lailatulqadar”. Tapi, sebenar nya bukan semudah itu aku boleh terima.
Bukan mudah untuk sesesorang itu terima “lailatulqadar”. Orang itu perlu lah lengkap dalam ibadat nya dan perlu ikhlas. Inikan pula insan seperti aku, sememangnya belum layak lagi. Banyak perkara lagi yang perlu aku pelajari dan mendalaminya. Insyaallah, suatu hari nanti aku akan berubah dan  para pembaca turut akan berubah ke arah kebaikan. Tapi, untuk makluman para pembaca, pada malam itu aku tidak tidur di rumah kerana aku bermalam di kedai “abg zack”...heE:-)